PROTON KELUAR 25 UNIT SATRIA NEO R3 LOTUS RACING EDITION
Kuala Lumpur, Selasa - Proton Holdings Bhd buat permulaannya akan mengeluarkan 25 unit Proton Satria Neo R3 Lutos Racing Edition yang baru di lancarkan.
Pengaraha Urunsannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamd Tahir berkata pengeluar kereta nasional itu setakat ini telah menerima 11 tempahan bagi model tersebut.
"Kereta ini direka bentuk khas khusus sempena memperingati pasukan lumba F1 Lotus. Kami merancang melakukannya dalam edisi terhad" katanyakepada pemberita selepas pelancaran model itu oleh penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini hari ini.
"Buat permulaannya kami akan mengeluarkan 25 unit sejajar dengan sambutan ulang tahun kami,"katanya.
Syed Zainal Abidin berkata Proton akan menigkatkan kuantiti Satria Neo Lotus Racing Edition sekiranya model tersebut mendapat sambutan baik. Syarikat tersebut, katanya juga merancang straliamengekspot model tersebut ke Singapura, Indonesia dan Australia.
Kereta itu yang diilhamkan daripada semangat Lotu Racing, dikuasakan oleh enjin CamPro CPS 1.6 liter Proton dan di tala semula oleh R3 bagi lebih kuasa dan kilas menggunakan Sistem Pengurusan Enjinnya, aci sesondol prestasi, pengambilan udara gentian karbon dan junaman ekzos titanium.
Satria R3 Lotus Racing Edition itu berharga RM 115,000. R3 yang merupakan singkatan kepada "Race, Rally and Research" (Lumba, Rali an Penyelidikan), merupakan bahagian permotoran Proton yang mengkhususkan dalam penyelidikan, penbangunan dan pengeluaran kereta lumba dan bahagian-bahagian prestasi. BERNAMA