SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN


Check Tayar Sebelum Memulakan Perjalanan



Perhatikan tayar cukup angin. Tiada benda pelik melekat di bahagian tayar atau mana-mana bahagian kereta. Pernah terjadi seorang memberi saya terus masuk dalam kereta dan jalan, sampai di tengah highway, tayarnya flat kerana terdapat paku sepanjang 2.5 inci menusuk ke dalam tayar disebelah tepi dan tembus ke bahagian tengah. Jadi beliau terpaksa tunggu selama 1 1/2 jam tungu saudara sampai dan tolong.




Enjin Kereta



Sebelum memulakan perjalanan, hidupkan injin dan tunggu sehingga injin melahu padar kadar RPM yang normal kemudian baru jalan. Sebelum hidupkan injin, onkan suis dan tunggu apa-apa lampu yang sepatutnya padam sebelum injin hidup terutama kalau pakai satria GTI, pastikan lampu "engine check" padam sebelum hidupkan injin. Bila injin dah hidup jangan terus jalan. Tekan brek dan lepas kemudian jalan ke depan sedikit dan tekan brek, jika kereta berhenti, baru boleh jalan sambung jalan. Kawan saya pernah terjadi, masuk kereta, start injin terus jalan. Sampai simpang tekan brek, kereta tak berhenti jadi dia berhenti dengan bantuan belakang wira aeroback dan kena bayar RM1000 untuk tukar bumper, lampu belakang wira aeroback tu.



Lampu Break


Seminggu sekali kalau boleh, periksa lampu brek ketiga dan semua lampu brek. Pastikan ia berfungsi. Buka bonet injin, buka penutup bateri dan periksa air bateri. Pastikan ianya berada pada aras antara minimum dan maksimum. Buka penutup minyak brek (Botol besar dekat body di hadapan pemandu dalam bonet injin), pastikan minyaknya mencukupi. Cari jarum pemeriksa minyak injin. Untuk kancil ia ada di bahagian depan dekat belt yang bergerak kalau injin hidup (pemegang warna kuning).


Cabut dan lapkan minyak di jarum tersebut dan kemudian masukkan kembali jarum tu. Bilang sampai lima dan cabut kembali. Minyak mesti berada pada aras di antara minimum dan maksimum. Kalau bawah daripada minimum, masukkan sedikit minyak injin sehingga ke paras yang saya katakan tadi. Untuk kereta auto, cari jarum yang lebih kurang sama bentuknya tapi berada di sebelah yang bertentangan dengan jarum yang pertama (untuk periksa minyak gear box). Lakukan perkara yang sama seperti yang pertama.




Tekanan Angin


Sebulan sekali, pergi ke pam minyak dan periksa tekanan tayar. Tekanan yang sesuai ada di catatkan di bahagian dalam tiang B (tiang antara pintu depan dan belakang) sebelah pemandu. Periksa juga tekanan tayar simpanan. Setiap 3 bulan (kalau setiap hari guna kereta untuk ke tempat kerja, pergi ke kedai tayar dan rotate tayar mengikut aturan yang sesuai
(rujuk kepada tip saya mengenai tayar).



Pemerikasaan Berkala


Setiap 5,000 km pergi ke workshop, tukar minyak injin (jika gunakan minyak biasa), tukar penapis minyak setiap 2 kali tukar minyak injin dan tukar plag setiap 3 kali tukar minyak injin. Kalau kereta model lama
(kancil 660 sehingga 1996) yang pakai "Petnam" atau contact point, suruh meknaik cuci contact point setiap 3 kali tukar minyak injin dan tukar setiap 9 kali tukar minyak injin.



Kebersihan Dalam Kereta


Setiap minggu atau 2 atau 3 minggu sekali, pergila vacum kereta kita, terutama kusyen kereta kita (cuba tepuk kusyen kereta kita, perhatikan habuk keluar dari kusyen).


Nampak macam sukar untuk dilakukan tapi itulah yang saya ajarkan kepada orang rumah saya. Mula-mula sukar tetapi lama kelamaan ia akan menjadi habit buat kita semua..




Muatan kenderaan



Dan yang terakhirnya, Biasa nya bila kita ingin membuat perjalanan yang jauh seperti balik kampung, kita akan membawa banyak barang untuk bekalan dan buah tangan untuk keluarga di kampung.
Disini kita tidak perasan kesan berat muatan kepada kenderaan dan keselamatan perjalanan kita.



Kebiasaannya setiap rumah mempunyai alat timbang berat badan, benda ini bukan sahaja berguna untuk menimbang berat badan, ia juga berguna untuk anda memulakan perjalanan.



Kebanyakkan kemalangan persendirian disebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan bila mengelak dan sebagainya. perkara ini ada jua ada berkaitan barang muatan yg di bawa, maksud saya disini ialah, barang yang di bawa tidak disusun dgn bagus mengikut beratnya, kalau boleh sebelum anda memulakan perjalanan, timbanglah dulu barang yg ingin di muatkan ke dalam kenderaan, selepas itu anda mesti meletakkan dengan kenderaan anda tidak senget sebelah dan anda perlu ingat juga berat badan penumpang yang ikut serta, pentingnya perkara ini ialah bila terjadi brek kecemasan, walau pakar mana pun pemandu itu mengawal kenderaan, tapi disebabkan kenderaan anda tidak stabil, ini akan memudahkan kenderaan terbabas dan berpusing terutamanya pada jalan yg licin serta semasa hujan.



Mungkin anda tidak mempunyai alat timbang berat, tapi kebiasaannya setiap pemandu yang mengambil berat mengenai kenderaan akan dapat merasa kenderaan mereka senget sebelah walaupun kenderaan baru bergerak 50meter.



Pesanan dari saya :
-Pastikan pemandu cukup tidur sebelum memulakan perjalanan, jika mengantuk juga, sila berhenti di tempat yang selamat untuk berehat dan melelapkan mata. (JANGAN LAWAN BILA MATA ANDA MENGANTUK)
-Rancang perjalanan ada dengan teratur.

Iklas dari :
Nama :Alihanz EON
Hp :013-833 1818
Email:zlihanz18@yahoo.com

HEADLINES NEW


ANDA PASTI TERUJA MENANTIKAN KELUARAN TERBARU PROTON YANG SEMAKIN HEBAT DALAM ERA BARU.


PROTON KELUAR 25 UNIT SATRIA NEO R3 LOTUS RACING EDITION Kuala Lumpur, 30 Mac 2010, Selasa - Proton Holdings Bhd buat permulaannya akan mengeluarkan 25 unit Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Edition yang baru di lancarkan. Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamd Tahir berkata pengeluar kereta nasional itu setakat ini telah menerima 11 tempahan bagi model tersebut. Read more..


LEBIH BERGAYA DENGAN PEMANDUAN LUTOS, KEHEBATAN ANDA TERSERLAH, CIRI KESELAMATAN YANG TERKINI, MEMPERKENALKAN PERSONA ELEGANCE TERBARU DARI PROTON..PANDU UJI LAH PERSONA ELEGANCE HARI INI, UNTUK MEMANDU UJI SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 013-833 1818....Elegance price here..



As the ‘father of Proton’, its only right that Tun Dr Mahathir’s brainchild occasionally updates him on the progress of the company from time to time. Tun Dr Mahathir probably gets to see lots of stuff happening behind the scenes that will only come to our knowledge months or years later, but thankfully for us he blogs so sometimes we get juicy bits of information. Read more...


EXORA 1.6 MANUAL BASIC LINE HARGA SERENDAH RM 60,148.00 YANG PASTI MEMBUAT KELUARGA ANDA BAHAGIA KEMANA SAHAJA, KERETA KETEGORI MPV PALING MURAH DALAM SEJARAH, DATANG LAH KE BILIK PAMERAN KAMI YANG BERDEKATAN ANDA ATAU HUBUNGI SAYA DI TALIAN 013-833 1818 ATAU EMAILKAN KE : zlihanz18@yahoo.com Click Here for Details



FROST & SILLIVAN : BEST MODEL OF THE YEAR 2008...

NO.1 ASIAN AUTO BOSCH (FUEL EFFICIENCY AWARDS)

LOW MAINTENANCE CAR.. VALUE FOR YOUR MONEY...POWER

Click Here for Details



FOR PROMOTION THIS MONTH INQUIRIES, PLEASE CALL OR SMS TO : ALIHANZ AKOP -HP: 013-833 1818 -EMAIL: zlihanz18@gmail.com